BISMILLAH
SYUKUR
Ketika syukur diertikan
sebagai sebuah keharusan
Seorang hamba kepada
Sang Pencipta
Ketika cinta dimaknai
sebagai keperluan
seorang makhluk
kerana sebuah ketakutan
Ketika sayang diberikan
tanpa sebuah ketulusan
Tiadalah syukur,
cinta dan sayang
Menemui makna hakikinya
Benarkah kita sudah bersyukur?
Atau syukur kita hanya sebagai
sebuah keharusan
seorang hamba kepada
Sang Pencipta
Mampukah setiap ujian
kita sikapi dengan syukur?
Benarkah kita telah
mencintai sesama?
Atau kita hanya cinta
kerana memerlukan
mencintai dengan
mengharapkan imbalan?
Mampukah mencintai
tanpa mengharap balasan?
Benarkah kita menyayangi
orang tua kita setulus hati?
Atau kita sayang kerana
memang status mereka
sebagai orang tua yang
melahirkan dan membesarkan kita?
Mampukah menyayangi jika
bukan kerana sebuah kebaikan?
Benarkah kita cinta,
sayang dan pada Allah
Atau kita meminta ketika perlu
berkeluh kesah ketika ujian
menimpa.
benarkah kita mencintai dan
menyayangi Allah dan Rasul-Nya?
Benarkah kita sudah bersyukur
kepada Allah?
Dan Nikmat Tuhanmu yang manakah
yang hendak kau dustakan?
No comments:
Post a Comment