Thursday, 18 January 2018

Ratapan

BISMILLAH

RATAPAN

menggebu rindu meratap
disepanjang perjalanan
berteman labirin tebal
pekatnya gelap
tak kuasa menahan
laju sang waktu
berpacu ku dikegelapan
maya gapai bias cahaya
sebelum usai masa
terseret dalam pusaran
arus nista panas membara
lepaskan belenggu iblis durjana

Dingin kabut dalam
keremangan menunggu pagi
kucari wajah MU
berharap untuk berlindung
dibalik hangat kesejukan
Jubah MU
gemericik suara mata air
dalam riuh lantunan kidung
kalam dan dawam yang
tiada berbilang
hadirkan ribuan tanya
sesakkan dada sentakkan
segenap indera dan rasa
menerkam jiwa yang tengah
lapar dahaga
menghambur isak airmata
terkenang kejahatan yang
tercipta
hadirkan resah ketakutan
yang menggelora

akankah kunikmati indahnya
pelangi cerahnya mentari
disiang hari???
terangkai aksara ciptakan
baris kata
kala selaksa tanya penuhi
rongga dada
enyahkan segala rumus
dan angka
walau sedari maknanya
menghambur kemana-mana
nanar tersudut namun tiada
kan menghujat menggugat
oleng biduk diterpa badai
kehilangan arah

namun tiada kan kehilangan
bentuk bintang rembulan
yang setia biaskan cahaya
dalam daya dan semangat
tersisa
batin mengetuk
qalbu merayu membujuk
Yaa Ismu Rabbik
dipintu MU aku mengetuk
tuntun arah menuju daratanMU
usah biarkan sorak gemuruh
badai hancurkan biduk karam
ditengah samudera dusta

sungguh...
dalam pencarian jawab
selaksa tanya
kuarungi keluasan samudera
dalam lapar dahaga
berharap bersandar biduk
pada daratan dikejauhan sana
untuk kembali lanjutkan
langkah lalui masa
nikmati hari dalam nuansa
cahaya kasih halau kelam
yang selimuti sukma
selaksa tanya terus kuat
bergema
hilangkan nalar
ciptakan resah gelisah

namun...
segenap daya berusaha
untuk terus tersedar
demi bias cahaya nun
dikejauhan sana

sedarlah

SEDARLAH

Sayu
Terdengar rintihan pilu,
Jauh dari dasar hati.

Pulanglah
Katanya merayu-rayu,
Jangan hanyut dengan duniawi.

Namun
Rayuan pilu itu dibiar sepi,
Masih leka melayan nafsu nafsi.

Dan bilamana ajalmu sudah tiba,
Nyawamu sejengkal cuma,
Sesedut nafas dan berakhir segala,
Baru kau sedar wujudnya
Syurga dan neraka?

Pabila Allah menuntut janji-Mu,
Tamat sudah waktu kau di dunia,
Apa bisa kau pertahan dulu?
Sesungguhnya ajal tidak mengira usia.

Sedarlah
Dunia sudah hampir ke penghujungnya,
Hentikan segala bicara dusta dan tingkah celaka,
Jangan biarkan waktu yang ada berlalu saja,
Bangkitlah kembali dan kejar redha-Nya.

SeMoga masih ada waktu buat kita,
Kembali pada-Nya dengan penuh redha.

Nafas cinta

BISMILLAH

NAFAS CINTA DARI NYA

Senja isyaratkan makna
akan usia mengarah
Kemanalangkah tertuju
mahu jadi apa
mengapa hanya rasa

Bacalah bayangmu
dengan merahnya hati
eja dengan putihnya
nurani
Mencinta pada siapa
hanya sepenuh hati
tak harus sepenuh jiwa

Mengapa syair melukai
mendustai raga bahkan
mendzolimi aksara
Seperti apa mahu yang
bagaimana
seorang pangeran tampan
bak malaikat atau seorang
sesempurna nabi

Berdirilah di sini
benahi jiwa hiruplah
nafas cinta Nya
jangan biarkan imanmu
sobek compang camping

Syukur

BISMILLAH

SYUKUR

Ketika syukur diertikan
sebagai sebuah keharusan
Seorang hamba kepada
Sang Pencipta
Ketika cinta dimaknai
sebagai keperluan
seorang makhluk
kerana sebuah ketakutan
Ketika sayang diberikan
tanpa sebuah ketulusan
Tiadalah syukur,
cinta dan sayang
Menemui makna hakikinya

Benarkah kita sudah bersyukur?

Atau syukur kita hanya sebagai
sebuah keharusan
seorang hamba kepada
Sang Pencipta
Mampukah setiap ujian
kita sikapi dengan syukur?

Benarkah kita telah
mencintai sesama?

Atau kita hanya cinta
kerana memerlukan
mencintai dengan
mengharapkan imbalan?

Mampukah mencintai
tanpa mengharap balasan?

Benarkah kita menyayangi
orang tua kita setulus hati?

Atau kita sayang kerana
memang status mereka
sebagai orang tua yang
melahirkan dan membesarkan kita?

Mampukah menyayangi jika
bukan kerana sebuah kebaikan?

Benarkah kita cinta,
sayang dan pada Allah
Atau kita meminta ketika perlu
berkeluh kesah ketika ujian
menimpa.

benarkah kita mencintai dan
menyayangi Allah dan Rasul-Nya?

Benarkah kita sudah bersyukur
kepada Allah?

Dan Nikmat Tuhanmu yang manakah
yang hendak kau dustakan?

Thursday, 11 January 2018

cintaku padamu Putera Sharullah

Cinta tiada berkata hanya gurisan jiwa
cinta tiada bermata tapi hati yang melihat
cinta tiada berhak bukan kita punya
cinta tiada di lihat dengan renungan
cinta tiada sempurna jika di nyatakan
cinta tiada hak yang hadirkan nafsu
cinta tiada luar tapi tersembunyi
cinta tiada Abadi kira nya tiada suci
#puteriqalbucintaputerasharullah

sanggupkah dirimu kekasihku

mengapa!!
engkau sanggup pergi dariku..
sedangkan engkau perlukan diriku..
juga aku perlukan dirimu...
pulanglah..
aku menunggu kepulanganmu..
sampai akhir nafasku..
akan ku tunggu engkau di depan pintu akhirat..
kekasih akhiratku.....

aku sayang aku rindu

Aku Sayang Kamu

Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim yg telah tercurah stitik di hati

Aku sayang kamu
Aku tak ingin kerana aku mengheret kamu ke neraka
Aku sayang kamu
Aku tak ingin kerana aku menjauhkan kamu dengan DIA
Aku sayang kamu
Aku tak ingin kerana aku melalaikan kamu dengan angan2 entah kemana

Aku sayang kamu
Walau kita berjauhan
Walau mata kita tidak bertentangan
Walau senyum tawa kita tidak kelihatan
Ku doakan kau mekar di taman
Diakari rasa berTuhan
Di hiasi akhlak dan iman
Sebuah perhubungan impian 
Berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah

Wahai kekasih
Nasihatilah aku
Bawalah aku kejalan Allah
Perbetulkan kesilapanku
Bersabar denganku
Terimalah kekuranganku
Dan redhailah aku

Aku sayang kamu
Rindui lah aku, kita pasti bertemu
Saat kau mengigati-Nya , dan saat itu juga aku mengigati-Nya
Disitulah hati kita bertemu

Ya Allah ya Rabb
Kami telah menzalimi diri kami sendiri
Jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi Rahmat kpd kami
Niscaya kami termasuk org2 yg merugi

Ya Allah, Tunjuki lah aku
Yakinkan aku
Permudahkan aku
Semoga Dia terbaik untukku
Agama dan duniaku

Aku sayang kamu
Ku akan sambut engkau datang,
ku yakin engkau menjemputku
Disitulah kitakan bertemu dan bersatu
Kerana ku yakin lafaz sakinah kau ikrarkan
Disaat izin berwali, ijab bersaksi